Sunday, March 27, 2011

Budaya 'Faham-Faham Sendiri'

  

Budaya 'faham-faham sendiri'...
faham-faham sendiri di sini bukanlah bermaksud memahami sesuatu perkara itu hanya untuk kepentingan diri kita sendiri
tetapi ia lebih menjurus kepada satu tindakan yang dilakukan oleh kita secara 
kena pada tempatnya
contohnya:

Si A berada di dalam sebuah masjid lalu didapati oleh si A bahawa semua orang didalam masjid
tersebut sibuk menjalankan ibadah sunat mahupun wajib seperti solat fardhu,solat sunat rawatib,
membaca Al-Quran,berzikir dll...
lalu apakah tindakan si A jika berada dalam situasi tersebut ?
adakah dia akan mencari peluang untuk bercakap-cakap di dalam masjid tersebut ?
atau dia akan melakukan ibadah fardhu mahupun sunat ?

jawapan itu bergantung kepada empunya badan itu sendiri...
jika si A mencari peluang untuk bercakap-cakap maka boleh kita kategorikan di sini bahawa
si A bukanlah seorang yang faham tentang sesuatu keadaan malahan dia juga akan dianggap sebagai seseorang yang tidak tahu menilai...
Dan jika sekiranya si A mengambil peluang tersebut  untuk melakukan amal ibadah sudah pasti
si A akan mendapat ganjaran daripada Allah S.W.T tentang apa yang dikerjakan olehnya dan si A boleh diketegorikan sebagai seorang yang mahu mengambil pelajaran dan tahu menilai sesuatu keadaan

Namun budaya 'faham-faham sendiri' sudah tidak lagi melekat di setiap penjuru minda masyarakat
Melayu sekarang kerana masyarakat Melayu sekarang akan melihat orang yang melakukan sesuatu
pekerjaan yang baik sebagai seorang  pak turut dan skema.Maka pandangan inilah yang sewajarnya
masyarakat Melayu kikis kerana karat-karat inilah yang menghancurkan bangsa Melayu
pandangan yang dilontarkan itu sama sekali tidak munasabah malah orang yang melontarkan pandangan
'murahan' tersebut boleh diketogorikan sebagai seorang yang sangat-sangat tidak
tahu menilai
dan lupakah kita mentadabbur kalamullah wahai pembaca sekalian ?
iaitu:

katakanlah (Muhammad):"Wahai manusia ! Jika kamu masih dalam keraguan
tentang agamaku,maka (ketahuilah) aku tidak menyambah apa yang kamu sembah
selain Allah,tetapi aku menyambah Allah yang akan mematikan kamu dan aku
telah diperintahkan supaya termasuk di kalangan orang yang beriman.

Surah Yunus: ayat 104

ayat ini ada kaitan dengan skop yang kita bincangkan tadi
ayat ini menyeru kita supaya tidak ragu-ragu untuk melakukan kebaikan
kerana tujuan kita hidup adalah semata-mata untuk menyembah Allah S.W.T

akhirnya,saya menyeru kepada pembaca-pembaca sekalian supaya tidak malu untuk melakukan
amal ibadah dan memekakkan telinga terhadap orang-orang yang mempermainkan kita
semasa kita ingin mengikut sesuatu tindakan yang baik
dan kita hendaklah mewujudkan sikap 'faham-faham sendiri' bersesuaian dengan tempat kita berada
dan tidak mempasifkan diri terhadap amal ibadah kerana ibadah sekarang menjamin kita syurga ataupun neraka di akhirat kelak

-Assalammualaikum-

Tuesday, March 22, 2011

Sebab hati tidak bahagia


Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di
hati ialah :
...
1. Pemarah – paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer..bawak2lah senyum..tentu org tak takut nak dekat punyer..)


2. Pendendam – tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu
orang pendendam mudah kena sakit jantung. (ini kes dendam kesumat lahh nie..)

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma)

** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi
benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5. Tamak – orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut…walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak…lagipun org tamak selalu rugi..
** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen)..pasal semua org ader egonya sendiri..cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut…

8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. –Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada…

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, …dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. – biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah…
** Cinta dunia merupakan “neraka dunia” kerana dunia itu “panas” akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.

wallahualam :)

 
Design by Zachowac | Aku Budak Islam